Monday, 30 September 2013

10 SIFAT PENDENDAM YANG MELENYAPKAN PAHALA

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah....

Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari perasaan marah dan dendam. Dendam hadir melalui sifat marah yang tidak dipadam. Dendam pula membawa kepada pelbagai perkara mungkar.

Sabda Nabi s.a.w, " Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam."
Berikut ialah 10 perkara yang perlu anda elak kerana ia antara yang mencerminkan sifat pendendam:

  • Berasa TIDAK SENANG bila melihat sesorang senang dan gembira. Anda mahu menghapuskan nikmat itu daripadanya. Anda tidak suka melihat dia senang sebaliknya gembira apabila ditimpa kesusahan dan kesedihan. Berhati-hatilah jika anda mempunyai perasaan seperti ini kerana ini adalah perilaku  orang MUNAFIK!
  • Buruknya sifat HASAD DENGKI dan DENDAM, apabila seseorang ditimpa musibah dan bencana, anda pula tersenyum gembira.
  • Anda MENJAUHKAN DIRI daripada orang yang didendam, atau memutuskan terus silaturahim dengannya. Walaupun dia cuba berbaik-baik, anda tetap berpaling daripadanya.
  • Jika orang itu lebih rendah kedudukannya, anda akan semakin SOMBONG dan menganggapnya kecil di hadapan mata anda.
  • LIDAH anda menjadi lebih berbisa untuk membohonginya, mengumpat, membocorkan rahsianya, mengaibkannya dan sebagainya.
  • Anda akan meniru perilakunya dengan tujuan MENGEJEK dan mendedahkan keburukan perilakunya.
  • Lebih buruk, anda MENGANIAYANYA, memukul atau mengancam keselamatannya.
  • Jika berkedudukan, anda MENGGUNAKAN KUASA untuk menyekat haknya, atau tidak mahu mengembalikan amanat yang ditinggalkan kepada anda.
  • Anda tidak mahu bermuka manis dengannya, malah akan MEMALINGKAN MUKA daripadanya.
  • TIDAK REDHA menolongnya dalam apa jua perkara yang memberi manfaat kepadanya.
Semua perkara ini akan menjatuhkan darjat seseorang dari kaca mata agama dan melenyapkan banyak pahala. Jadi berhati-hatilah dengan perasaan DENDAM.

HINDARILAH SIKAP MENGADU DOMBA

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian
Bismillahirrahmanirrahim,

Kerana pulut, santan dirasa,
Kerana mulut, badan binasa.

Pepatah itu jelas memberitahu bahana tidak menjaga lidah. Kerana manusia rata-rata suka bercakap perkara sia-sia dan merugikan diri sendiri. Apa yang lebih menakutkan, akibat lidah juga manusia dicampak ke dalam neraka Allah SWT. Na’uzubillah. Kali ini, kita akan memperdalamkan satu dosa besar iaitu ‘Mengadu Domba’ yang juga disebut sebagai ‘Batu Api atau ‘Mami Jarum’.

Secara terperincinya, mengadu domba merupakan perbuatan yang mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Menyampaikan cerita atau percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak. Ia juga sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah SWT yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba :

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” (Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).” (Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba” (Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba

1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.” (Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” (Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” (Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.

Oleh Ustaz A. Ubaidillah Alias 

Saturday, 28 September 2013

Punca utama stress dikalangan guru dan imlikasinya terhadap kerjaya perguruan

‘Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.
Stress atau tekanan boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca utama stres di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.

Punca              Professional
1.Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru.  Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.
2.Pihak pentadbir dan bebanan kerja
Tugas-tugas guru seperti ketua panitia mata pelajaran,guru disiplin, guru keceriaan, guru kelas, guru data, guru permainan, guru SPBT, guru koperasi dan lain-lain tugas yang akan diberi ketika ada majlis anjuran sekolah atau sebarang sambutan perayaan. Setiap tugas perlu dibuat laporan, perlu diadakan mesyuarat dan adakalanya perlukan dokumentasi. Setiap guru akan mendapat paling kurang sepuluh jawatan dalam setahun tidak termasuk menyediakan soalan peperiksaan, menyiapkan fail PBS , menyemak buku, menyemak kertas peperiksaan dan lain-lain lagi bebanan tugas ini berpunca dari pihak pentadbir yang tidak peka apabila mengagihkan tugas kepada guru, kerana ada guru yang mendapat tugas yang sedikit dan ada yang mendapat tugas yang banyak terutama guru yang baru bertukar masuk dan guru yang baru mula bertugas. Guru akan bertambah stress apabila terdapat pihak pentadbir yang tidak perihatin tentang masalah beban kerja guru sebaliknya lepas tangan dan sering menyalahkan guru apabila data yang diberi salah, lewat menghantar laporan atau fail pengurusan yang tidak lengkap. Apabila markah peperiksaan awam menurun guru turut dipersalahkan oleh ibubapa, Pengetua dan PPD. Guru juga perlu membuat postmortem sekiranya keputusan peperiksaan menurun atau meningkat.

Punca            Peribadi
1. Kesihatan – Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga, ditambah pula bebanan kerja yang banyak.
2. Perhubungan – Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah dikalangan murid, jika silap cara teguran guru murid akan mencalarkan kereta guru,memancitkan tayar dan ada yang berani mengugut dan mencederakan guru. Guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga,rakan-rakan dan masyarakat. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan – Anak-anak guru sukar mendapat bantuan walaupun guru itu mempunyai tanggungan yang besar, adakalanya guru menjadi stress dan menanggung bebanan hutang untuk menyara keluarga. Adakalanya pihak sekolah meminta guru mendahulukan wang saku guru untuk mengendalikan sesuatu aktiviti sebelum membuat tuntutan yang akan di bayar paling cepat dalam masa dua minggu.
4. Taraf hidup – Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar atau yang tinggal di bandar, tambahan pula jika guru itu mengajar di sekolah yang jauh jaraknya dari tempat  kediaman.
5. Aktiviti riadah – Tugas yang tidak menentu membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga . Guru terpaksa hadir ke sekolah pada hari Sabtu untuk mengendalikan perjumpaan Unit Pakaian Seragam atau menghadiri Latihan dalam perkhidmatan. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan selepas waktu persekolahan contohnya kelab pemainan, aktiviti satu murid satu sukan dan latihan rumah sukan, aktiviti-aktiviti ini membataskan guru untuk bermesra dengan keluarga kerana guru yang tinggal agak jauh dari kawasan sekolah biasanya tidak akan pulang ke rumah selepas sesi persekolahan sebaliknya menunggu sehingga aktiviti selesai.

Impikasinya Terhadap Kerjaya Perguruan
1    Guru Tidak Bermotivasi
      Guru tidak akan bertindak secara sukarela, kerana tugas yang sedia ada sudah terlampau banyak. Ramai guru cuba mengelak dan memberikan beribu alasan sekiranya diberi sesuatu tanggungjawab atau tugas yang baru. Guru yang rajin juga akan mula berkira apabila membuat sesuatu tugas kerana yang rajin dan cekap akan lebih banyak diberikan tanggungjawab oleh pihak pentadbir, guru yang pura-pura tidak tahu akan terlepas begitu sahaja.

2    Terhakisnya Sifat Guru Penyayang
      Stress apabila diberi tugas mengajar kelas-kelas terakhir dan bermasalah, dengan alasan yang diberikan oleh pentadbir bahawa guru tersebut pandai mengawal kelas. Rata-rata murid di dalam kelas ini tidak boleh duduk setempat, gemar membuat bising, sering ketiadaan buku serta alat tulis dan buta huruf. Setiap kali menjawab peperiksaan kertas objektif mereka akan menanda jawan sesuka hati manakala apabila menjawab soalan ujian bertulis mereka akan menyalin semula soalan dengan tulisan yang tidak boleh dibaca. Biasanya apabila keputusan peperiksaan diumumkan peratus untuk kelas-kelas ini pastinya paling rendah, apabila tiba kepada permasalahan ini pentadbir akan lupa pada asalnya memberikan tugas atas alasan kawalan kelas yang baik, guru yang mengajar tetap perlu membuat laporan yang langsung tidak boleh menyalahkan murid. Inilah antaranya yang menyebabkan ada guru yang gagal mengawal emosi yang menampar, mencubit dan mendenda murid tanpa belas kasihan sehingga guru tersebut dianggap pesakit mental.

3    Guru kreatif dan inovasi akan berkurangan
      Guru-guru yang kreatif dan inovasi akan berkurangan kerana tiada ruang masa untuk menunjukkan bakat. Guru lebih senang menggunakan buku teks dan lembaran bercetak, kerana lebih murah dan sudah sedia ada, jika membuat modul, modul perlu dicetak menggunakan alat pencetak dirumah kemudian jika bilangan murid kurang daripada seratus orang guru perlu menghantar untuk dicetak diluar untuk mengelakkan pembaziran, kos cetakan perlu ditanggung oleh guru terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan, jika murid lebih daripada seratus orang guru boleh mencetak modul di sekolah sekiranya modul tersebut mengandungi 50 muka surat guru sendiri yang perlu menyusun setiap muka surat serta mengklip modul .

Kesimpulan
Secara keseluruhannya 'stress' adalah:
·         Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
·         Gangguan fungsi kehidupan
·         Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
·         Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
·         Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
·         Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh

Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.
http://www.rasdian.edu.my/pengurusan_stress.gif
Keluk ini menerangkan dari 0 hingga titik optimum, seseorang individu itu boleh mengawal 'stress' mereka. Apabila melampaui titik optimum, seseorang itu tidak dapat mengawal stressnya dan memerlukan bantuan dari orang yang dipercayai atau disayangi. Ke bawah dari garisan tahap 'stress' individu tersebut tergolong dalam kategori “gila”.
               
a)    Apakah refleksi anda dalam menyediakan diri bagi menangani isu-isu pendidikan dalam era global

      Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa.
     
      Sebagai seorang guru saya perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamanya dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran    belajar. 

Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” adalah budaya inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan saya sebagai guru untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam pendidikan perlu dititikberatkan.

Guru perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Sehubungan itu sebagai seorang guru saya perlu berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Maka gurulah yang bertanggungjawab untuk mendidik pelajar supaya di masa akan datang lahirkan rakyat  yang berilmu , berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi .

Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep “Satu Malaysia” itu sendiri.

Jadi untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan yang bermula dari seorang guru yang setiasa bersedia menyediakan diri bagi menangani isu-isu pendidikan dalam era global