‘Stress' atau tekanan melibatkan
penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu
berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha
yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.
Stress atau tekanan boleh berlaku kepada
semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian
tinggi. Punca utama stres di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.
Punca Professional
1.Persekitaran kerja
1.Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang
kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru.
Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan
ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak
mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam
negara.
2.Pihak pentadbir dan bebanan
kerja
Tugas-tugas guru seperti ketua
panitia mata pelajaran,guru disiplin, guru keceriaan, guru kelas, guru data,
guru permainan, guru SPBT, guru koperasi dan lain-lain tugas yang akan diberi
ketika ada majlis anjuran sekolah atau sebarang sambutan perayaan. Setiap tugas
perlu dibuat laporan, perlu diadakan mesyuarat dan adakalanya perlukan
dokumentasi. Setiap guru akan mendapat paling kurang sepuluh jawatan dalam
setahun tidak termasuk menyediakan soalan peperiksaan, menyiapkan fail PBS ,
menyemak buku, menyemak kertas peperiksaan dan lain-lain lagi bebanan tugas ini
berpunca dari pihak pentadbir yang tidak peka apabila mengagihkan tugas kepada
guru, kerana ada guru yang mendapat tugas yang sedikit dan ada yang mendapat
tugas yang banyak terutama guru yang baru bertukar masuk dan guru yang baru
mula bertugas. Guru akan bertambah stress apabila terdapat pihak pentadbir yang
tidak perihatin tentang masalah beban kerja guru sebaliknya lepas tangan dan
sering menyalahkan guru apabila data yang diberi salah, lewat menghantar
laporan atau fail pengurusan yang tidak lengkap. Apabila markah peperiksaan
awam menurun guru turut dipersalahkan oleh ibubapa, Pengetua dan PPD. Guru juga
perlu membuat postmortem sekiranya keputusan peperiksaan menurun atau meningkat.
Punca Peribadi
1. Kesihatan – Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga, ditambah pula bebanan kerja yang banyak.
2. Perhubungan – Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah dikalangan murid, jika silap cara teguran guru murid akan mencalarkan kereta guru,memancitkan tayar dan ada yang berani mengugut dan mencederakan guru. Guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga,rakan-rakan dan masyarakat. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan – Anak-anak guru sukar mendapat bantuan walaupun guru itu mempunyai tanggungan yang besar, adakalanya guru menjadi stress dan menanggung bebanan hutang untuk menyara keluarga. Adakalanya pihak sekolah meminta guru mendahulukan wang saku guru untuk mengendalikan sesuatu aktiviti sebelum membuat tuntutan yang akan di bayar paling cepat dalam masa dua minggu.

4. Taraf hidup – Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan
memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki
rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar atau yang
tinggal di bandar, tambahan pula jika guru itu mengajar di sekolah yang jauh
jaraknya dari tempat kediaman.
5. Aktiviti riadah – Tugas yang tidak menentu membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga . Guru terpaksa hadir ke sekolah pada hari Sabtu untuk mengendalikan perjumpaan Unit Pakaian Seragam atau menghadiri Latihan dalam perkhidmatan. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan selepas waktu persekolahan contohnya kelab pemainan, aktiviti satu murid satu sukan dan latihan rumah sukan, aktiviti-aktiviti ini membataskan guru untuk bermesra dengan keluarga kerana guru yang tinggal agak jauh dari kawasan sekolah biasanya tidak akan pulang ke rumah selepas sesi persekolahan sebaliknya menunggu sehingga aktiviti selesai.

Impikasinya
Terhadap Kerjaya Perguruan
1 Guru Tidak Bermotivasi
Guru tidak akan bertindak secara sukarela,
kerana tugas yang sedia ada sudah terlampau banyak. Ramai guru cuba mengelak
dan memberikan beribu alasan sekiranya diberi sesuatu tanggungjawab atau tugas
yang baru. Guru yang rajin juga akan mula berkira apabila membuat sesuatu tugas
kerana yang rajin dan cekap akan lebih banyak diberikan tanggungjawab oleh
pihak pentadbir, guru yang pura-pura tidak tahu akan terlepas begitu sahaja.
2 Terhakisnya
Sifat Guru Penyayang
Stress apabila diberi tugas mengajar
kelas-kelas terakhir dan bermasalah, dengan alasan yang diberikan oleh
pentadbir bahawa guru tersebut pandai mengawal kelas. Rata-rata murid di dalam
kelas ini tidak boleh duduk setempat, gemar membuat bising, sering ketiadaan
buku serta alat tulis dan buta huruf. Setiap kali menjawab peperiksaan kertas
objektif mereka akan menanda jawan sesuka hati manakala apabila menjawab soalan
ujian bertulis mereka akan menyalin semula soalan dengan tulisan yang tidak
boleh dibaca. Biasanya apabila keputusan peperiksaan diumumkan peratus untuk
kelas-kelas ini pastinya paling rendah, apabila tiba kepada permasalahan ini
pentadbir akan lupa pada asalnya memberikan tugas atas alasan kawalan kelas
yang baik, guru yang mengajar tetap perlu membuat laporan yang langsung tidak
boleh menyalahkan murid. Inilah antaranya yang menyebabkan ada guru yang gagal
mengawal emosi yang menampar, mencubit dan mendenda murid tanpa belas kasihan
sehingga guru tersebut dianggap pesakit mental.
3 Guru
kreatif dan inovasi akan berkurangan
Guru-guru yang kreatif dan inovasi akan
berkurangan kerana tiada ruang masa untuk menunjukkan bakat. Guru lebih senang
menggunakan buku teks dan lembaran bercetak, kerana lebih murah dan sudah sedia
ada, jika membuat modul, modul perlu dicetak menggunakan alat pencetak dirumah
kemudian jika bilangan murid kurang daripada seratus orang guru perlu
menghantar untuk dicetak diluar untuk mengelakkan pembaziran, kos cetakan perlu
ditanggung oleh guru terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan, jika murid lebih
daripada seratus orang guru boleh mencetak modul di sekolah sekiranya modul
tersebut mengandungi 50 muka surat guru sendiri yang perlu menyusun setiap muka
surat serta mengklip modul .
Kesimpulan
Secara
keseluruhannya 'stress' adalah:
·
Ketidakupayaan
memenuhi tuntutan persekitaran
·
Gangguan
fungsi kehidupan
·
Perubahan
dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan
hidup
·
Peristiwa
atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
·
Tekanan
yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
·
Tindak
balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam
tubuh
Hakikatnya
'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress'
sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan
membebankan kita.

Keluk
ini menerangkan dari 0 hingga titik optimum, seseorang individu itu boleh
mengawal 'stress' mereka. Apabila melampaui titik optimum, seseorang itu tidak
dapat mengawal stressnya dan memerlukan bantuan dari orang yang dipercayai atau
disayangi. Ke bawah dari garisan tahap 'stress' individu tersebut tergolong
dalam kategori “gila”.
a) Apakah refleksi anda dalam menyediakan
diri bagi menangani isu-isu pendidikan dalam era global
Untuk
menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam
menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam
cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru
perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara
bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan
modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru
itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh
mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa.
Sebagai
seorang guru saya perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamanya dalam
perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara
dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu
memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya
dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri,
pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap
aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap
pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah
menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan
menguasai kemahiran belajar.
Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” adalah budaya inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan saya sebagai guru untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam pendidikan perlu dititikberatkan.
Guru perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Sehubungan itu sebagai seorang guru saya perlu berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Maka gurulah yang bertanggungjawab untuk mendidik pelajar supaya di masa akan datang lahirkan rakyat yang berilmu , berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi .
Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep “Satu Malaysia” itu sendiri.
Jadi untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan yang bermula dari seorang guru yang setiasa bersedia menyediakan diri bagi menangani isu-isu pendidikan dalam era global
Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” adalah budaya inovasi dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan saya sebagai guru untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam pendidikan perlu dititikberatkan.
Guru perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Sehubungan itu sebagai seorang guru saya perlu berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Maka gurulah yang bertanggungjawab untuk mendidik pelajar supaya di masa akan datang lahirkan rakyat yang berilmu , berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi .
Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat. Justeru itu, globalisasi dan cabaran pendidikan amat bertepatan dengan konsep “Satu Malaysia” itu sendiri.
Jadi untuk merealisasikan konsep “Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan cabaran pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula dari pendidikan yang bermula dari seorang guru yang setiasa bersedia menyediakan diri bagi menangani isu-isu pendidikan dalam era global
Stress atau tekanan boleh berlaku kepada
semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian
tinggi. Punca utama stres di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.
Punca Professional
1.Persekitaran kerja
1.Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang
kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru.
Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan
ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak
mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam
negara.
2.Pihak pentadbir dan bebanan
kerja
Tugas-tugas guru seperti ketua
panitia mata pelajaran,guru disiplin, guru keceriaan, guru kelas, guru data,
guru permainan, guru SPBT, guru koperasi dan lain-lain tugas yang akan diberi
ketika ada majlis anjuran sekolah atau sebarang sambutan perayaan. Setiap tugas
perlu dibuat laporan, perlu diadakan mesyuarat dan adakalanya perlukan
dokumentasi. Setiap guru akan mendapat paling kurang sepuluh jawatan dalam
setahun tidak termasuk menyediakan soalan peperiksaan, menyiapkan fail PBS ,
menyemak buku, menyemak kertas peperiksaan dan lain-lain lagi bebanan tugas ini
berpunca dari pihak pentadbir yang tidak peka apabila mengagihkan tugas kepada
guru, kerana ada guru yang mendapat tugas yang sedikit dan ada yang mendapat
tugas yang banyak terutama guru yang baru bertukar masuk dan guru yang baru
mula bertugas. Guru akan bertambah stress apabila terdapat pihak pentadbir yang
tidak perihatin tentang masalah beban kerja guru sebaliknya lepas tangan dan
sering menyalahkan guru apabila data yang diberi salah, lewat menghantar
laporan atau fail pengurusan yang tidak lengkap. Apabila markah peperiksaan
awam menurun guru turut dipersalahkan oleh ibubapa, Pengetua dan PPD. Guru juga
perlu membuat postmortem sekiranya keputusan peperiksaan menurun atau meningkat.
Punca Peribadi
1. Kesihatan – Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga, ditambah pula bebanan kerja yang banyak.
2. Perhubungan – Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah dikalangan murid, jika silap cara teguran guru murid akan mencalarkan kereta guru,memancitkan tayar dan ada yang berani mengugut dan mencederakan guru. Guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga,rakan-rakan dan masyarakat. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan – Anak-anak guru sukar mendapat bantuan walaupun guru itu mempunyai tanggungan yang besar, adakalanya guru menjadi stress dan menanggung bebanan hutang untuk menyara keluarga. Adakalanya pihak sekolah meminta guru mendahulukan wang saku guru untuk mengendalikan sesuatu aktiviti sebelum membuat tuntutan yang akan di bayar paling cepat dalam masa dua minggu.
1. Kesihatan – Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga, ditambah pula bebanan kerja yang banyak.
2. Perhubungan – Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah dikalangan murid, jika silap cara teguran guru murid akan mencalarkan kereta guru,memancitkan tayar dan ada yang berani mengugut dan mencederakan guru. Guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga,rakan-rakan dan masyarakat. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan – Anak-anak guru sukar mendapat bantuan walaupun guru itu mempunyai tanggungan yang besar, adakalanya guru menjadi stress dan menanggung bebanan hutang untuk menyara keluarga. Adakalanya pihak sekolah meminta guru mendahulukan wang saku guru untuk mengendalikan sesuatu aktiviti sebelum membuat tuntutan yang akan di bayar paling cepat dalam masa dua minggu.
4. Taraf hidup – Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan
memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki
rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar atau yang
tinggal di bandar, tambahan pula jika guru itu mengajar di sekolah yang jauh
jaraknya dari tempat kediaman.
5. Aktiviti riadah – Tugas yang tidak menentu membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga . Guru terpaksa hadir ke sekolah pada hari Sabtu untuk mengendalikan perjumpaan Unit Pakaian Seragam atau menghadiri Latihan dalam perkhidmatan. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan selepas waktu persekolahan contohnya kelab pemainan, aktiviti satu murid satu sukan dan latihan rumah sukan, aktiviti-aktiviti ini membataskan guru untuk bermesra dengan keluarga kerana guru yang tinggal agak jauh dari kawasan sekolah biasanya tidak akan pulang ke rumah selepas sesi persekolahan sebaliknya menunggu sehingga aktiviti selesai.
5. Aktiviti riadah – Tugas yang tidak menentu membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga . Guru terpaksa hadir ke sekolah pada hari Sabtu untuk mengendalikan perjumpaan Unit Pakaian Seragam atau menghadiri Latihan dalam perkhidmatan. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan selepas waktu persekolahan contohnya kelab pemainan, aktiviti satu murid satu sukan dan latihan rumah sukan, aktiviti-aktiviti ini membataskan guru untuk bermesra dengan keluarga kerana guru yang tinggal agak jauh dari kawasan sekolah biasanya tidak akan pulang ke rumah selepas sesi persekolahan sebaliknya menunggu sehingga aktiviti selesai.
Impikasinya
Terhadap Kerjaya Perguruan
1 Guru Tidak Bermotivasi
Guru tidak akan bertindak secara sukarela,
kerana tugas yang sedia ada sudah terlampau banyak. Ramai guru cuba mengelak
dan memberikan beribu alasan sekiranya diberi sesuatu tanggungjawab atau tugas
yang baru. Guru yang rajin juga akan mula berkira apabila membuat sesuatu tugas
kerana yang rajin dan cekap akan lebih banyak diberikan tanggungjawab oleh
pihak pentadbir, guru yang pura-pura tidak tahu akan terlepas begitu sahaja.
2 Terhakisnya
Sifat Guru Penyayang
Stress apabila diberi tugas mengajar
kelas-kelas terakhir dan bermasalah, dengan alasan yang diberikan oleh
pentadbir bahawa guru tersebut pandai mengawal kelas. Rata-rata murid di dalam
kelas ini tidak boleh duduk setempat, gemar membuat bising, sering ketiadaan
buku serta alat tulis dan buta huruf. Setiap kali menjawab peperiksaan kertas
objektif mereka akan menanda jawan sesuka hati manakala apabila menjawab soalan
ujian bertulis mereka akan menyalin semula soalan dengan tulisan yang tidak
boleh dibaca. Biasanya apabila keputusan peperiksaan diumumkan peratus untuk
kelas-kelas ini pastinya paling rendah, apabila tiba kepada permasalahan ini
pentadbir akan lupa pada asalnya memberikan tugas atas alasan kawalan kelas
yang baik, guru yang mengajar tetap perlu membuat laporan yang langsung tidak
boleh menyalahkan murid. Inilah antaranya yang menyebabkan ada guru yang gagal
mengawal emosi yang menampar, mencubit dan mendenda murid tanpa belas kasihan
sehingga guru tersebut dianggap pesakit mental.
3 Guru
kreatif dan inovasi akan berkurangan
Guru-guru yang kreatif dan inovasi akan
berkurangan kerana tiada ruang masa untuk menunjukkan bakat. Guru lebih senang
menggunakan buku teks dan lembaran bercetak, kerana lebih murah dan sudah sedia
ada, jika membuat modul, modul perlu dicetak menggunakan alat pencetak dirumah
kemudian jika bilangan murid kurang daripada seratus orang guru perlu
menghantar untuk dicetak diluar untuk mengelakkan pembaziran, kos cetakan perlu
ditanggung oleh guru terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan, jika murid lebih
daripada seratus orang guru boleh mencetak modul di sekolah sekiranya modul
tersebut mengandungi 50 muka surat guru sendiri yang perlu menyusun setiap muka
surat serta mengklip modul .
Kesimpulan
Secara
keseluruhannya 'stress' adalah:
·
Ketidakupayaan
memenuhi tuntutan persekitaran
·
Gangguan
fungsi kehidupan
·
Perubahan
dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan
hidup
·
Peristiwa
atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
·
Tekanan
yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
·
Tindak
balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam
tubuh
Hakikatnya
'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress'
sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan
membebankan kita.

Keluk
ini menerangkan dari 0 hingga titik optimum, seseorang individu itu boleh
mengawal 'stress' mereka. Apabila melampaui titik optimum, seseorang itu tidak
dapat mengawal stressnya dan memerlukan bantuan dari orang yang dipercayai atau
disayangi. Ke bawah dari garisan tahap 'stress' individu tersebut tergolong
dalam kategori “gila”.
No comments:
Post a Comment