Monday, 30 September 2013

10 SIFAT PENDENDAM YANG MELENYAPKAN PAHALA

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah....

Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari perasaan marah dan dendam. Dendam hadir melalui sifat marah yang tidak dipadam. Dendam pula membawa kepada pelbagai perkara mungkar.

Sabda Nabi s.a.w, " Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam."
Berikut ialah 10 perkara yang perlu anda elak kerana ia antara yang mencerminkan sifat pendendam:


  • Berasa TIDAK SENANG bila melihat sesorang senang dan gembira. Anda mahu menghapuskan nikmat itu daripadanya. Anda tidak suka melihat dia senang sebaliknya gembira apabila ditimpa kesusahan dan kesedihan. Berhati-hatilah jika anda mempunyai perasaan seperti ini kerana ini adalah perilaku  orang MUNAFIK!
  • Buruknya sifat HASAD DENGKI dan DENDAM, apabila seseorang ditimpa musibah dan bencana, anda pula tersenyum gembira.
  • Anda MENJAUHKAN DIRI daripada orang yang didendam, atau memutuskan terus silaturahim dengannya. Walaupun dia cuba berbaik-baik, anda tetap berpaling daripadanya.
  • Jika orang itu lebih rendah kedudukannya, anda akan semakin SOMBONG dan menganggapnya kecil di hadapan mata anda.
  • LIDAH anda menjadi lebih berbisa untuk membohonginya, mengumpat, membocorkan rahsianya, mengaibkannya dan sebagainya.
  • Anda akan meniru perilakunya dengan tujuan MENGEJEK dan mendedahkan keburukan perilakunya.
  • Lebih buruk, anda MENGANIAYANYA, memukul atau mengancam keselamatannya.
  • Jika berkedudukan, anda MENGGUNAKAN KUASA untuk menyekat haknya, atau tidak mahu mengembalikan amanat yang ditinggalkan kepada anda.
  • Anda tidak mahu bermuka manis dengannya, malah akan MEMALINGKAN MUKA daripadanya.
  • TIDAK REDHA menolongnya dalam apa jua perkara yang memberi manfaat kepadanya.
Semua perkara ini akan menjatuhkan darjat seseorang dari kaca mata agama dan melenyapkan banyak pahala. Jadi berhati-hatilah dengan perasaan DENDAM.

No comments:

Post a Comment