Saturday, 12 October 2013

IBUMU IBUKU JUA


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian...
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan dianugerahkan ibu dan bapa mertua melainkan mereka yang berkahwin dengan anak yatim piatu. Takdir menetukan segalanya...ada yang mendapat mertua yang baik ada yang dapat sebaliknya. Selalunya konflik terjadi antara menantu perempuan dengan mak mertua berbanding dengan menantu lelaki. 
Islam meletakkan ‘kuasa mengurus rumahtangga’ di tangan isteri, bukan ibu atau ibu mertua. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Ada mertua yang tinggal dengan anak menantu sibuk membuat laporan tentang menantu perempuannya tatkala anak lelakinya pulang dari kerja. Kenakalan cucu-cucu juga dibuat aduan sehingga menyesakkan kepala anaknya yang masih kepenatan lalu berlakulah pertelingakahan antara mereka suami isteri. Biarlah menantu itu sendiri yang meneritakan hal-hal yang berlaku dalam rumahtangga mereka.
Ramai yang menyangka kewajipan terhadap mertua tidak sama dengan kewajipan terhadap ibu bapa sendiri. Pandangan sebegini nyata tidak tepat. Hakikatnya kedudukan ibu bapa kandung dengan ibu bapa mertua adalah sama di sisi Islam. Hal ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Antara dosa-dosa besar adalah seorang anak yang menghina kedua orang tuanya.” Para sahabat bertanya: Apakah ada orang yang mencela ibu bapanya sendiri? Baginda bersabda: Ya, apabila seseorang menghina ayah orang lain maka sama seperti dia menghina ayahnya sendiri. Dan seseorang yang menghina ibu orang lain sama seperti dia menghina ibunya sendiri.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Islam meletakkan keadilan bagi semua, bukan untuk menantu saja tetapi juga kepada mertua dan ibu bapa kandung mereka. Masing-masing mempunyai tugas dan peranan, tidak boleh menceroboh wilayah yang bukan wilayahnya. Ibu bapa dan mertua hanya berperanan menjadi penasihat, jika memang tercetus konflik tanpa memihak dengan berat sebelah. Apa-apa keputusan berada di tangan suami dan isteri tanpa campur tangan pihak lain yang tidak sejalan dengan mereka.
Ibu bapa yang beriman, tidak akan membebankan anak-anaknya dengan kerenah yang menguji kesabaran mereka. Jika ada seorang ibu yang suka membakar api permusuhan, selalu bertegang leher dengan anak dan menantunya, maka seolah-olah dia telah membuka pintu neraka untuk mereka. Hal ini pernah terjadi kepada diri seorang sahabat Rasulullah SAW. Dia bertanya kepada NAbi SAW: “Wahai Rasulullah, saya memiliki hubungan kekerabatan, saya selalu berusaha menyambungkannya namun mereka selalu memutuskannya. Saya selalu berusaha berbuat baik kepada mereka, mereka pula membalas dengan berbuat jahat kepada saya. Saya sentiasa santun kepada mereka, tetapi mereka tidak mempedulikan saya. Nabi SAW bersabda: Seandainya benar apa yang kamu ucapkan itu, maka seolah-olah kamu menyuapkan abu panas kepada mereka (mereka berdosa). Allah SWT sentiasa berada di belakangmu, sepanjang mereka melakukan perbuatan itu kepadamu” (Hadis riwayat Muslim)
Boleh jadi yang mahu memutuskan silaturrahim itu ibu bapa atau mertua ataupun anak menantu sendiri, terpulanglah kepada niat mereka masing-masing. Yang penting ialah belajar bersabar dan reda menerima satu sama lain dengan harapan mendapat pertolongan Allah SWT. Kadang-kadang setelah bertahun-tahun pintu hati ibu bapa mertua tidak juga terbuka kepada menantu. Atau pun sebaliknya kedegilan menantu tidak juga berubah walaupun mertua berusaha meluruskan salah faham di antara mereka.
Jika banyak permasaalahan lebih baik tinggal berjauhan. Kalau hati dah sayang tak pandai goreng telur mata kerbau pun mak mertua timang, tapi kalau hati tak suka masak hebat macam master chef pun orang tak pandang. Kalau nak tau mertua sayang atau tak...kita balik kampung dia masak penuh meja, tapi yang tak sayang dia akan tanya kamu udah makan???? tapi kat dapur ada nasi semalam je...
Sabarlah duhai hati...yang penting kasih sayang antara suami dan isteri kekal Hingga ke Jannah

No comments:

Post a Comment