Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Musim cuti sekolah bakal bertandang, maka riuh rendahlah kenduri kahwin sana-sini. Bakal-bakal pengantin zaman ict ni akan sibuk plan nak pakai baju apa, menentukan warna tema perkahwinan dari warna kad sampailah warna pelamin semua kena matching...Gambar kahwin mestilah ada sawah bendang, lautan, air terjun, hutan lalang dan pelbagai lagi hingga mencecah ribu riban....ya lah kahwin sekali seumur hidup.
Mak bapak pengantin apa lagi....sama naik dengan pengantin , baju sedondon anak-beranak. Tapi yang sedihnya pengantin lelaki kadakala bukanlah ada duit sangat tapi sanggup meminjam demi nak penuhi permintaan mak bapak dan bakal isteri. Bakal isteri pulak minta belikan kereta sebelum kahwin sebab nanti lepas kahwin senang nak balik kampung...hmmmm semua tu karut. Selama ni boleh turun naik bas, selepas kahwin kalau naik bas susah katanya...ah lantaklah. Sepatutnya mak bapak pastikan anak teruna dia sembahyang 5 waktu cukup sebelum pikul tanggungjawab. Ini doa qunut tak boleh hafal mak bapak tak kisah pun, yang dia kisah kad kahwin kena grand, khemah kenduri mesti khemah Arab....goody bag wajib ada. Macam membazir aje, saya pernah tegur seseorang kalau tak bagi goody bag tak boleh ke??? Bukan jatuh hukum berdosa pun kalau tak bagi. Dia jawab tak boleh, sebab dah jadi adat kat tempat dia...hmmm hukum Allah yang wajib bila tak buat tak ada pula orang kampung kisah ye! Dalam goody bag bukan ada apa yang istimewa pun, kadangkala hanya "junk food" yang diisi atau bekas-bekas kaca yang langsung tak ada fungsi. MEMBAZIR aje...kalau bagi surah Yasin ke , doa-doa harian atau zikir-zikir harian rasanya lebih afdhal.
Pengantin perempuan lagi satu, wang hantaran RM12,000, hmmmm bangun tidur pun sama dengan nilai wang hantaran. Kut ya pun payah nak bangun tidur, masa sanak-saudara masih berkampung kat rumah kita atau rumah mentua, bawa-bawa lah bangun awal. Mak bapak tak ajar ke???? Inilah jadinya kalau perasaan malu telah hilang dalam diri. Kalau bangun lambat macam tu maknanya tak solat SUBUH. Macam mana nak lahirkan zuriat yang soleh dan solehah kalau diri sendiri pun belum terurus. Itu belum tanya bab masak-memasak, masa belum kahwin bakal suami kata "I love you just the way you are" speeking London. tapi percayalah lepas sebulan kahwin, kalau masakan kucing pun tak lalu makan, mahu kena sound. Kalau dapat jenis yang nak belajar tak mengapa tapi yang mengungkit janji manis lama memang rumahtangga akan berantakan.
Sebagai ibu bapa yang bakal menerima menantu bentuklah dan didiklah peribadi anak-anak yang bakal berkahwin dengan akhlak yang mulia dan terpuji sebelum memikul tanggungjawab yang lebih besar...sebelum orang kata pada anak kita "Mak Bapak kau tak ajar ke??" Bukan nak kata pada sesiapa tetapi banyak berlaku dalam masyarakat sekeliling. Anak umur belum sampai setahun mak bapak dah bawa haluan masing-masing...

No comments:
Post a Comment